Ali bin Abi Talin r.a. berkata:
"Setelah turun Surah Idza ja'anashrullahi wal fath, baginda Rasulullah
SAW ketika itu sedang sakit, dalam sakit itu baginda Rasulullah SAW
keluar dengan kepala yang diikat iaitu pada hari Khamis, beliau memasuki
masjid lalu naik ke atas mimbar dan beliau duduk di atas mimbar.
Muka
baginda Rasulullah SAW yang pucat dan dengan mata yang mengalirkan air
mata, baginda Rasulullah SAW pun memanggil Bilal bin Rabah dan menyuruh
Bilal berseru di Madinah bagi mengumpulkan orang ramai bagi mendengar
wasiat baginda Rasulullah SAW yang terakhir.
Apabila Bilal
melaksanakan seperti yang diperintahkan oleh baginda SAW, maka berkumpul
lah semua penduduk Kota Makkah yang terdiri dari budak-budak, orang
dewasa lelaki dan perempuan. Kesemua mereka keluar dengan terbuka dan
begitu juga dengan pasar menjadi kosong. Bersesaklah masjid sehingga
penuh. Kemudian baginda Rasulullah SAW berkata kepada para jemaah:
"Berilah peluang kepada orang-orang yang di belakang supaya masuk ke
dalam."
Setelah itu baginda Rasulullah SAW pun bangun berdiri
sambil menangis beliau mengucap: "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un."
Baginda Rasulullah SAW bersyukur kepada Allah SWT sebagaimana lazimnya
dan membaca selawat utk semua nabi dan diri baginda sendiri.
Selepas itu baginda SAW pun bersabda : "Sesungguhnya aku Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim dari bangsa Arab Makkah dan tiada
nabi sesudah aku, wahai semua manusia dengarlah bahawasanya diriku telah
diberitakan akan mati, dan telah terlalu dekat akan meninggalkan dunia
ini, dan aku juga telah rindu kepada Tuhanku, dan sedihnya aku
meninggalkan umatku. Apakah yang akan mereka katakan pula
sepeninggalanku, Ya Allah selamatkan,selamatkan."
Sabda
baginda Rasulullah SAW : "Wahai sekalian manusia dengarlah wasiat
terakhirku kepada kamu semua dan ingat-ingatlah serta sampaikanlah
kepada mereka yang tidak hadir kerana ini adalah wasiatku yang terakhir.
Wahai manusia, Allah SWT telah menjelaskan kepada kamu semua dalam
kitab al-Quran yang diturunkannya tentang yang halal dan yang haram,
yang harus kamu semua lakukan dan yang harus kamu semua tinggalkan, oleh
itu hendaklah kamu semua gunakan yang halal dan tinggalkan yang sama
sekali haram dan percayalah pada yang musyabih dan lakukalah yang muhkam
(tegas) dan jadikan ia sebagai peringatanmu yang berupa contoh-contoh
itu."
Setelah itu Rasulullah SAW memandang ke langit sambil
berkata : "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan maka
saksikanlah."
Bersabda Rasulullah SAW lagi : "Wahai manusia
awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat yang menyesatkan yang jauh dari
tuntutan rahmat Allah SWT dan syurga bahkan ianya dekat kepada neraka.
Oleh itu hendaklah kamu semua menjaga jama'ah (kumpulan) dan hendaklah
istiqamah (tetap jujur dan lurus) kerana ini akan mendekatkan diri
kepada Allah dan syurga dan yang menjauhkan dari api neraka. Sabda
baginda SAW lagi : "Ya Allah, aku telah menyampaikan. Wahai manusia,
takutlah kamu kepada Allah, takutlah kamu kepada Allah dalam menjaga
agama dan amanat yang telah diamanatkan kepada kamu. Takutlah kepada
Allah. Takutlah kepada Allah dalam memelihara hamba-hambamu, hendaklah
kamu memberi mereka makan dari apa yang kamu makan, begitu juga dengan
pakaian, hendaklah kamu memberi mereka pakaian dari apa yang kamu pakai
dan janganlah kamu memaksa mereka melakukan sesuatuyang mereka tidak
kuat untuk melakukan, kerana mereka itu juga dijadikan dari daging dan
darah, yakni makhluk yang sama dengan kamu. Dan ingatlah mereka yang
aniaya pada mereka (hamba-hambamu) maka akulah lawannya pada hari Kiamat
nanti dan Allah SAW hakimnya."
Baginda SAW menyambung lagi :
"Takutlah kamu kepada kepada Allah dalam memelihara isteri, tepatilah
mahar yang telah kamu janjikan pada mereka dan jangan menganiaya mereka,
nescaya kamu akan diharamkan dari hasanat-hasanatmu pada hari Kiamat.
Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia hendaklah kamu menjaga
dirimu dann keluargamu dari api neraka, dan hendaklah kamu mengajar
mereka akhlak sopan santun, sebab mereka itu adalah bagai orang
tawananmu dan amanat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia
patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari
keturunan Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir
itu beerti taat kepadaku, dan sesiapa yang taat kepadaku beerti taat
kepada Allah, dan sesiapa yang menentang mereka beerti menentang aku,
dan mereka yang menentang aku beerti maksiat kepada Allah. Ingatlah
jangan keluar dari mereka, dan jangan memutuskan janji-janjimu pada
mereka, ingatlah saya telah menyampaikan."
Rasulullah SAW
menyambung lagi : "Wahai manusia, hendaklah kamu cinta kepada
keluargaku, ahli-ahli Qur'an dan para ulama-ulamamu, jangan sekali-kali
kamu membenci atau hasad dengki pada mereka, jangan kamu menghina
mereka, ingatlah sesiapa yang cinta pada mereka beerti cinta kepadaku
dan sesiapa cinta kepadaku, maka Allah cinta kepadanya, dan sesiapa yang
membenci pada mereka bererti membenci padaku, dan sesiapa yang benci
padaku maka benci pada Allah. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai
manusia jagalah solat lima waktu dengan menyempurnakan wudhunya dan
menyempurnakan ruku', sujudnya. Wahai manusia keluarkanlah zakat
hartamu, ingatlah sesiapa yang tidak mahu mengeluarkan zakat maka tidak
dikira (anggap) solatnya, dan siapa yang tidak dikira (anggap) solatnya,
maka dia tidak beragama, dan tidak dikira puasa dan hajinya dan juga
jihadnya. Ya Allah saya telah menyampaikan."
Sabda Rasulullah
SAW lagi : Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji
keatas orang yang berkuasa perjalanannya dan sesiapa yang tidak mahu
melaksanakannya maka bolehlah dia pilih apakah dia akan mati seperti
Yahudi atau Nasrani atau Majusi kecuali yang uzur kerana penyakit atau
kerana raja yang zalim. Ingatlah bahawa mereka tidak akan mendapat
syafaatku dan tidak akan minum dari telagaku. Ingatlah sayan telah
menyampaikan. Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT akan mengumpulkan
kamu semua pada hari Kiamat disuatu lapangan dalam kedudukan yang sangat
berat, mengerikan, pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah,
kecuali orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih
dari syirik, ingatlah saya telah menyampaikan."
Rasulullah
SAW bersabda lagi : "Wahai manusia, jagalah lidah kamu, keluarkan
airmata kamu, tundukkan hatimu dan letihkanlah badanmu serta berjihadlah
melawan musuhmu, makmurkanlah masjidmu dan ikhlaskan imanmu. Nasihatlah
teman-temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu dan jagalah kemaluanmu,
bersedekahlah dari hartamu, jangan hasut-menghasut nescaya akan hilang
hasanatmu (pahala), jangan ghibah (mengumpat) nescaya binasa kamu.
Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia berusahalah kamu dalam
memerdekakan budak-budakmu (hamba-hamba), dan berbuatlah kebaikan untuk
kekuranganmu dan hajatmu. Wahai manusia jangan menganiaya, sebab Allah
sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang menganiaya, dan kamu juga
yang akan menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali,
Allah tidak rela jika kamu melakukan maksiat. Wahai manusia sesungguhnya
sesiapa yang berbuat kebaikan maka untungnya itu adalah untuknya
sendiri, dan sekiranya sesiapa melakukan kejahatan maka kejahatan itu
akan ditanggungnya sendiri dan Allah tidak akan menganiaya pada
hamba-hambaNya, oleh itu jagalah dirimu dan hari dimana kamu dihadapkan
kepada Allah, dimana setiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya
dan mereka tidak akan dianiaya.
Akhir sekali baginda
Rasulullah SAW bersabda : "Wahai manusia sesungguhnya aku akan menghadap
Allah SWT dan aku telah diberitahu akan kedatangan kematianku, maka aku
serahkan kamu semua kepada Allah yaitu agama dan amanah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar